WELCOME !

selamat datang dan terima kasih kpd sesiapa yg sudi mengunjungi blog ini :) senyum2 lah selalu.....kerana senyum itu kan sedekah jd apa salahnya senyum ?

Saturday, 9 June 2012

Balik Maktab



Pejam celik, pejam celik, dah kena balik maktab....hahahaha cepat jer masa berlalu kan ? Aku harap sume ahli homeroom dah packing barang nak balik rumah. Aku taw sume orang mesti ' exited ' nak balik kan ? hahaha tp, aku mmg betul2 exited nak balik maktab pown...hahaha mesti banyak citer hg nak dikongsikan bersama kan ? aku x de citer pown nak citer tp klaw hampa banyak la kowt. Hmmm... homework apa citer ? sume dah cyup ker ? Aku berani cap jari yg hampa x cyup lg, btul x ??? So kiranya malamnie sume orang kerjanya copy n paste la.....


p / s : SELAMAT DATANG MAKTAB & HAPPY COPY PASTE !!!


Khairun Nisa

Tuesday, 5 June 2012

Result Final SEM 1

Hahaha, aku taw sume org mesti dah dpt result dah kan ? Bohong la klaw ada yg ckp x dapat result lg, mmg org tu nyembang benar jer. Hmmm...aku rasa sume result org elok2 jer kan ? Hope sgt homeroom kita bukan ranking paling last skali..aku tak kisah sgt klaw ada yg x dpt 3.5 above, asal PNG dia menaik walaupun ckit lagipun, PNG nie cuma sistem MARA jer...yg penting tu PMR 2012 nie.... Ye lah bak kata pengetua " BE A GREAT FINISHER ! " bukannya " BE A GREAT BEGINER " 


p / s : Hahah sebenarnya aku kempunan nak menaip, tu yg nyebok kat blog homeroom nie.... Hope hampa x kisah :)






Hope sume org melompat camnie masa dpt result :)
Khairun Nisa

Cinta & Couple



Okey, apa yg hampa faham dgn CINTA ? bagi aku cinta ialah satu perasaan di mana seseorang suka akn seseorang. Apa pula maksud COUPLE ? bagi aku, couple ialah hubungan yang dijalinkan bagi sesebuah pasangan. Persoalannya, wajarkah kita bercinta pada umur 15 tahun ( sekarang ). Mmg tak salah kalau kita suka akan seseorang itu lagipun perasaan ini dtg tanpa diminta atau disuruh. Tetapi, adalah salah sekiranya kita bercinta di usia yg setahun jagung ini. Maksud aku, sekarang nie kita baru tingkatan 3 ! Kita ada misi yg perlu diselesaikan iaitu PMR ! kenapa kita perlu membazirkan masa kita bercintan cintun ! Mak bapak kita hantar kita dkt sekolah untuk belajar, bukannya MENGGATAL ! Lagipun apa faedah yang akan kita dapat kalau bercinta / bercouple ? Tak ker buang masa and duit jer ? Orang lain sibuk belajar, dia sibuk berdating. Kalau org lain sibuk baca buku, dia sibuk SMS. Dah la tu, nanti kalau boboy dia ckp ngan pompuan lain yang lagi cun dari dia, mula la jeleous, pas tu merajuk ( menyampah ) sama la gak bila gurgle dye sembang ngan laki len yang lagi hensem dari dia, mula la nak jeleous pas tu marah2 plak ( ingat gurgle dia tu isteri dia ka ? ). Kesimpulannya, tak payah la kita nak busy bercintan cintun masa muda nie, baik kita fokus kat pelajaran untuk PMR kan ker lagi bagos ? Kalau nak bercinta tunggu la bila dah besar. Masa tu tak yah susah2 couple, kawin jer terus......

p / s : Maaf sekiranya terkasar bahasa, bukannya apa saja nak bagi kesadaran sikit..... akhirulkalam, renung-renungkan, selamat termenung :)




Khairun  Nisa



Sunday, 3 June 2012

MeNyEm@k kejap!!!

hope suma senyum ja bila dpt result nnti.... = )..

Wink2x.....
apa khabar ahli omroom ustaz aidid sekalian????haha
actually aku tgh boring and dunnow what 2 do so ak semakkn ja lah kt blog niyh......haahaa.....result dgr cita dh dipos dh kt umah.....tinggal nk smpai umah ja......RESULT weyh.....hadoih...
hope suma dapat sperti yg diharapkan.......kalo x dapat jgk macam yg ampa suma wish 2 jgn nk give up plak......trial ada lagi.....yg penting....PMR pn x lepas agy.........tpi hope sesangat homeroom kita bkn di rangking yg terakhir......hushhh.....x mao aku...okeyh......memandangkn arini bufday Nazhan ( 3 Jun 2012) .....jom kita wish reramai.......eppy bufday Nazhan........

=> 2 Nazhan....hahax....

 p/s : sorry kalo ampa x suka.....nk padam pn x pa.....
                                                                                                                                    

Thursday, 31 May 2012

Pengurusan Masa



*Masa umpama pedang....
Memandangkan homework cuti sem nie banyak, pengurusan masa tersangatlah penting supaya kita dpt siapkan homework kita. Oleh itu, kita bolehlah buat jadual utk cuti nie. Bagi sesiapa yang dah buat jadual, patuhi lah jadual tu, jgn main buat jer tp x ikut pown ! klaw camtu baik x yah buat jadual ! Bg sesiapa yg malas sgt nak buat jadual, tetapkan matlamat anda pada hari itu. Contohnya harinie aku target nak siapkan kerja BI so, selagi x siap kerja BI, selagi tu aku x kan on9. Dengan cara ini homework dpt disiapkan. Bukan itu sahaja kita juga dpt relax :) 


p/s : SELAMAT MENYIAPKAN HOMEWORK !


Khairun Nisa

Wednesday, 30 May 2012

Cuti SEM 1

Alhamdulillah, 

Akhirnya setelah penat menelaah pelajaran utk exam, dapat juga berehat dkt rumah sempena cuti semester nie. Kepada ahli homeroom, cuti-cuti jugak, homework jgn lupa. 


Senarai list homework :


1. Sains: buku soalan sebenar 2006,2007 dan 2008
2. Math: buku soalan sebenar 2005
3. English: buku soalan sebenar 2005
4. B.Melayu: latihan tatabahasa
5. Geografi: latihan
6. Sejarah: Modul soalan ting 1 dan 2
7. K.Hidup: Set soalan
8. PJ: Buku soalan ( satu buku )


* SENI jgn lupa beli FABRIC DYE ok ?


p/s : jgn stress ok ?
    


                                 Khairun Nisa





Saturday, 17 March 2012

                               
                                 
   Maktab Rendab Sains MARA (MRSM) Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang merupakan maktab yang ke-34 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai memenuhi hasrat dan wawasan untuk mencemerlangkan institusi pendidikan MARA (IPMA) hingga bertaraf dunia. MRSM Transkrian merupakan MRSM yang kedua didirikan di Pulau Pinang selepas MRSM Balik Pulau yang beroperasi pada tahun 1984.


   Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal di Daerah Seberang Perai Selatan, MRSM Transkrian yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002. Seramai 17 orang guru termasuk Pengetua yang pertama, Encik Saleh bin Osman yang sebelum itu kebanyakannya berkhidmat di MRSM-MRSM lain telah melaporkan diri pada tarikh tersebut.


   Cabaran yang dihadapi pada masa maktab ini baru dibuka tidak melemahkan semangat para pendidik untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kegemilangan bersama. MRSM Transkrian telah menerima kumpulan penuntut sulung seramai 100 orang yang merupakan pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada 22 April 2002 manakala pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang sebelum itu ditempatkan sementara di MRSM Pontian, Johor selama 5 bulan mula melaporkan diri pada bulan Jun 2002.
Kumpulan perintis ini dengan penuh semangat telah sama-sama mengharungi jerit perih untuk menjayakan agenda pendidikan MARA di sini. Kesungguhan dan kegigihan mereka tidak sia-sia kerana apabila keputusan SPM 2003 diumumkan. mereka berjaya memperoleh Gred Purata Maktab (GPM) 2.415. Kecemerlangan ini terus menjadi tradisi dan pemangkin kepada kumpulan kedua dan ketiga yang mengambil SPM pada 2004 dan 2005.


   MRSM Transkrian telah dilengkapi dengan kemudahan bilik-bilik kelas, dewan besar, bilik seminar, makmal-makmal termasuk makmal komputer, makmal multimedia, makmal kemahiran hidup serta makmal reka cipta, surau, dewan makan, pusat pelajar dan pusat sumber pembelajaran. Beberapa kemudah atau prasarana yang lain akan terus disediakan oleh pihak maktab demi memastikan keselesaan pelajar belajar. Dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara (JLN), maka mulai April 2004, suasana di sekeliling kampus maktab telah bertambah ceria melalui projek pengindahan.


   Kini, dengan gaya pentadbiran yang mantap dan tersendiri yang diterajui oleh Pengetua, Encik Samsudin Bin Suip dengan dibantu oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Puan Norhayati,  Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Jantan dan Timbalan Hal Ehwal Kokurulum, Encik Shamsuri bin Mahat serta gemblengan tenaga para guru dan kakitangan yang komited. MRSM Transkrian akan terus bergerak maju untuk merealisasikan impian maktab sebagai 'A Thinking and Enriching College' dan slogan 'Better Than The Best' seiring dengan Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA, 'Pendidikan Cemerlang Generasi Gemilang'.