
Okey, apa yg hampa faham dgn CINTA ? bagi aku cinta ialah satu perasaan di mana seseorang suka akn seseorang. Apa pula maksud COUPLE ? bagi aku, couple ialah hubungan yang dijalinkan bagi sesebuah pasangan. Persoalannya, wajarkah kita bercinta pada umur 15 tahun ( sekarang ). Mmg tak salah kalau kita suka akan seseorang itu lagipun perasaan ini dtg tanpa diminta atau disuruh. Tetapi, adalah salah sekiranya kita bercinta di usia yg setahun jagung ini. Maksud aku, sekarang nie kita baru tingkatan 3 ! Kita ada misi yg perlu diselesaikan iaitu PMR ! kenapa kita perlu membazirkan masa kita bercintan cintun ! Mak bapak kita hantar kita dkt sekolah untuk belajar, bukannya MENGGATAL ! Lagipun apa faedah yang akan kita dapat kalau bercinta / bercouple ? Tak ker buang masa and duit jer ? Orang lain sibuk belajar, dia sibuk berdating. Kalau org lain sibuk baca buku, dia sibuk SMS. Dah la tu, nanti kalau boboy dia ckp ngan pompuan lain yang lagi cun dari dia, mula la jeleous, pas tu merajuk ( menyampah ) sama la gak bila gurgle dye sembang ngan laki len yang lagi hensem dari dia, mula la nak jeleous pas tu marah2 plak ( ingat gurgle dia tu isteri dia ka ? ). Kesimpulannya, tak payah la kita nak busy bercintan cintun masa muda nie, baik kita fokus kat pelajaran untuk PMR kan ker lagi bagos ? Kalau nak bercinta tunggu la bila dah besar. Masa tu tak yah susah2 couple, kawin jer terus......
p / s : Maaf sekiranya terkasar bahasa, bukannya apa saja nak bagi kesadaran sikit..... akhirulkalam, renung-renungkan, selamat termenung :)
Khairun Nisa